Saturday, August 20, 2011

kad JEMPUTAN daripada ALLAH

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG


Alhamdulillah..alhamdulillah. selesai melaksanakan tugasan rumah pada pagi ini..Membasuh kain,menyapu sampah,kemas bilik.Kemas rumah untuk raya ???..belum lagi..hehe..baju raya pun belum ada lagi..Insyaallah,jika ada rezeki..nak beli jubah sepasang untuk raya tahun ini plus kain kashibo warna hijau muda untuk buat tudung raya.(Abang Long baliklah cepat..adik-adikmu menantikan kepulanganmu sebab janji nak shopping baju raya.)...:-)..sayang bang Long.


Pagi tadi alhamdulillah berkesempatan untuk mendengar tazkirah daripada Dr Robiah di IKIM.fm pilihan utama.Maka digerakkan hati ana olehNYA untuk kongsikan perkongsian tazkirah yang ana perolehi daripada tazkirah tersebut.Tazkirahnya tidak lama..lebih kurang 10 minit tapi cukup memberikan kesan di hati ini.


emm.. ana rasa semua akan gembira dan bahgia bila menerima kad jemputan tak kira sama ada kad jemputan perkahwinan,kad jemputan hari jadi..pendek kata,kad-kad yang mengembirakan hati kita.Lebih lebih lagi bulan puasa ini bila ada sahabat-sahabat yang poskan kad raya pada kita .


Namun,pernahkah kita merasai menerima kad jemputan daripada ALLAH..


Baiklah,makanya inilah sedikit sebanyak perkongsian tazkirah yang ana perolehi pagi tadi..


Apakah kad jemputan daripada ALLAH???Adakah kalian ingin ketahuinya..Kad jemputan daripada ALLAH adalah merupakan MUSIBAH atau UJIAN atau DUGAAN yang diberikannya pada kita.


Saat itu,adakah kita akan gembira menerima kad jemputan itu??Pastinya kita akan berduka dan bersedih.Makanya marilah kita tukarkan "mood" kita daripada SEDIH dan BERDUKA kepada BAHGIA dan BERSYUKUR tatkala menerima "KAD JEMPUTAN DARIPADA YANG MAHA PENGASIH dan PENYAYANG".


Bahgia kerana inilah peluang untuk kita lebih dekat denganNYA.Bersyukur kerana kita adalah insan terpilih untuk menerimanya.


BERBAHGIALAH WAHAI HATI-HATI YANG SEDANG DIUJI...


Alhamdulillah,inilah perkongsian tazkirah yang ana perolehi..Moga ianya memberikan nafas baru kepada kita semua tatkala menerima KAD JEMPUTAN daripada ALLAH.


Sehingga ketemu lagi..insyaallah.Wassalam.


-ISLAM itu INDAH-


tinta hati :

‎"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan 
Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)



3 comments:

nurain vivian said...

Assalamualaikum azlen..apa kahabar adikku??

Alhamdulillah, hari ni akak dapat luangkan masa ke coretan di blog azlen ni.maaf ye, lambat ziarah.

Bersyukurlah apabila menerima kad jemputan Allah...TErima kasih kerana mengingatkan...:D

miZz_nizZ said...

tq coz ingtkn jugak..=)

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum

kak ain:

alhamdulillah,baik2 kak..sama2 akak.peringatan buat diri adik juga.sayang akak kerana ALLAH.

mizz_nizz:

sama2..peringatan buat diri sy juga.

salam ramadhan al mubarak.