Sunday, June 26, 2011

saya NAK jumpa DIA.



Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH swt..Terima kasih YA ALLAH..Hari ini ana diberikan kesempatan lagi untuk mencoret di teratak sementara ana ini..


Alhamdulillah..ana masih lagi diberikan kesempatan untuk menghirup udara nan segar di BUMI INDAH ciptaan YANG MAHA PENGASIH.Tinggal bebarapa hari lagi Rejab bakal melabuhkan tirainya..Maka SYAABAN pula akan muncul tiba.Semakin dekat RAMADHAN menghampiri kita.Ana berharap sangat agar ana diberikan kesempatan untuk bertemu dgn RAMADHAN AL MUBARAK.


Ya ALLAH,berikanlah kesempatan untuk hambaMU merasai nikmatnya RAMADHANmu buat sekian kalinya..


Alhamdulillah minggu lps berpeluang singgah ke blog BroHamzah..saya rasa pasti sahabat2 blogger mengenali beliau.Saya tertarik dengan topik "Warming Up"..iaitu berbicara tentang persediaan awal dalam menyambut Ramadhan Al Mubarak yang bakal menjelma tidak lama lagi.


Pelbagai persediaan yang disenaraikan beliau utk perkongsian bersama para pembaca blognya..Antaranya


(i) dengan membaca buku berkaitannya


(ii),berpuasa setiap isnin dan khamis


(iii)membiasakan diri untuk bangun awal,membaca Al-Quran setiap hari


(iv)mendirikan solat sunat setiap hari


(v)Bermuhasabah 


(vi) bersedekah sedikit demi sedikit


  Artikel penuh boleh layari website Langitilahi.Com. - Warming up mengejar piala taqwa!


Jadi,mari kita sama2 praktikkan "WARMING UP" ini..Insyaallah mudah untuk kita melalui RAMADHAN yang akan datang kelak.


Buat pemilik teratak..a.k.a Ana la tu..kena konsisten sekarang khatam quran sebelum Ramadhan..Sekarang baru sampai Surah Al-Mukmin.:-)
Alhamdulillah..minggu ini ada teman nak berpuasa sekali dengan ana..Seronok sgt2..Terima kasih ye kak Norizah dan Ibu Salina..


Akhir kata..."SAYA RINDU KAMU"..Ramadhan Al Mubarak..
Saya nak jumpa DIA..Ramadhan Al Mubarak.


-ISLAM itu INDAH-



3 comments:

Muhammad Marzuqi said...

sekejap saja masa kan ukhti,
skrg dah bulan 6, akan menjelang 7 tak lama lagi kemudian puasa ramadhan, raya dan kemudian bertahun baru kita...:-)

Firdaus Ibnu Ariffin said...

Ahlan Wa sahlan ya syaaban. :) masa mmg pantas berlalu.. sama2 kita menggunakanya sebaik mungkin.. yang pergi tidak akan kembali(itulah MASA) ^^

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

akhi marzuqi : ya akhi..pejam celik pejam celik..kejap shj masa berlalu.moga kita diberi peluang olehNYA untuk bertemu dengan RAMADHAN AL MUBARAK.

akhi muhammad : ya..yang pergi tidak akan kembali ..itulah MASA.