Sunday, June 26, 2011

Dia MENGAJARku..

Bismillahirrahmannirrahim..

Sebak..perasaan yg dirasai saat mencoretkan bingkisan hati pada saat ini..Seketika tadi singgah ke blog sahabat yang turut berjuang dalam menyampaikan dakwah melalui kecanggihan teknologi masa kini...tiba-tiba sebak menyelubungi saat membaca entry yang beliau coretkan.Allah..sungguh hati ini begitu mudah untuk "menangis" saat mengenang peristiwa yang berlaku pada diri tanggal 2 APRIL 2011..

Tanggal 2 APRIL 2011..detik itu terdetik di hati ana bahawa mungkin detik itu merupakan detik terakhir ana menyaksikan keindahan alam ciptaan ALLAH swt.Detik yang perlu ana kenang hingga akhir hayat ana.Terima kasih Ya ALLAH kerana memberikan kesempatan kepada ana sehingga saat ini untuk merasai nikmat kurniaanMU padaku.

Pilu,sebak dan pelbagai perasaan menghantui diri saat meninggalkan DIA..DIA yang akan ana kenang sampai bila-bila.Saat itu ana diberikan ujian cinta olehNYA.Hanya kecil ujian tersebut jika nak dibandingkan dengan insan-insan lain yang ana temui di situ..Rata-rata menghidap kanser..Ada yang keguguran..Sungguh,jika ana ditempat mereka,ana rasa ana tidak betah untuk melaluinya.

Di situ juga,ana menyaksikan kesungguhan seorang ummi menjaga anaknya yang menghidap kanser.Allah..hati ini sangat sayu melihatnya.(ana gelarkan ummi tersebut dgn gelaran nenek)..Nenek,terima kasih yang tak terhingga sebab tolong bukakan pintu bilik air di hospital lalu untuk ana..nenek sanggup berdiri di depan pintu bilik air menunggu ana sehingga selesai dek kerana kudrat ana yang ketika itu tidak terdaya untuk membuka pintu bilik air tersebut.Terima kasih nenek.(Ana sedih sangat sebab tak sempat nak minta no.telefon nenek).Ya ALLAH,ketemukan ana dengan nenek itu sekali lagi..

Ana dapat pengajaran daripada pengalaman tersebut iaitu hargailah dan sayangilah IBU BAPA..Mereka telah banyak berkorban dalam membesarkan kita semua.Sungguh banyak pergorbanan yang mereka curahkan buat kita.Terima kasih YA ALLAH kerana telah "meminjamkan" abah dan emak kepada ana.

Maka,sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana ALLAH SWT..Sayangilah abah dan emak.Hargailah mereka selagi mereka ada di sisi kita..Panjatkan doa buat mereka usai solat kita..

Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 
 
Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 
 
Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 
 
Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 
 
Amin Ya Rabbul Alamin.. 
 
Katil..yang banyak mengajar ana..


nenek yang duduk di kerusi itu adalah nenek yang telah tolong ana bukakan pintu
bilik air saat kudrat ana tak terdaya ketika itu untuk membuka pintu.
Lin nak jumpa nenek..tapi Lin tak tau camne nak cari nenek..:-(


Kena pakai baju ini..harap2 tak pakai lagi ..


Doktor yang memeriksa ana..Dr Nik Nur farhana..yg dlm gmbr trsebut tak ditukar lagi smpai ana
keluar drp hospital


 Dia....HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH YANG BANYAK MEMBERIKAN PENGALAMAN DAN PENGAJARAN BUAT ANA..



-ISLAM itu INDAH-
 

3 comments:

Muhammad Marzuqi said...

Al baqarah: 216:".......Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........."\sakit pe ukhti?

~Setanggi Syurga~ said...

salam ya ukhti...
sesungguhnya ujian Allah itu sangat luas...tabhkan hati...sakit apa ukhti??ana dah lama xduk kat katil tu..dah xmau..dah serik...lagi2 baju tu...^^ smg Allah sentiasa melindungi ukhti...

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalamualaikum

akhi marzuqi & ukhti hidayah

sakit sikit2 saja ukhti dan akhi..alhamdulillah smuanya baik.syukran ats keprihatinan semua:-)