Wednesday, May 25, 2011

murah Rezeki..ALHAMDULILLAH

Penat masih terasa lagi.Hari ini saya telah ditugaskan untuk "memasak" sebab emakku yang tersayang ke suatu tempat..:-)..Jadi telah dipinta oleh emak untuk memasak juadah ikan masak singgang,ikan goreng kunyit dan sayur kacang bendi goreng.

Al kisahnya sekitar jam 9.15 pagi,saya sudah memulakan rancangan MARI MEMASAK bersama chef Azlen..bukan chef Wan tau.Alhamdulillah sekitar pukul 10.30 selesai memasak.Cepat selesai boleh rehat seketika dan kemudian bersihkan diri untuk menunaikan solat sunat Dhuha.

Gembira masih terasa sampai ke hari ini tatkala menerima 3 pasang jubah pemberian ibu saudara yang tersayang minggu lepas.Seronok tak terkata.Jadi hari ini saya nak bercerita tentang solat sunat Dhuha.

Alhamdulillah seorang daripada kawan saya yang memberitahu saya bahawa setelah dia  mengamalkan solat sunat Dhuha dia  merasa tenang dan mudah saat ingin memulakan sesuatu tugas.Tambahnya lagi,saat mengalami kesukaran atau kesusahan pun hati terasa tenang.Semuanya kesukaran dapat dilalui dengan mudah atas pertolonganNYA.

Oleh itu antara kelebihan solat sunat Dhuha ada dinyatakan dalam beberapa hadis ini..

 Kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


Saya sendiri sangat tertarik dan jatuh hati dengan doa yang dibacakan setelah selesai menunaikan solat sunat Dhuha ini.Maka di bawah ini,saya sertakan cara menunaikan solat sunat dhuha.

Waktunya
Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.

Tatacaranya
Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk . Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.

Niat
Niat dalam hati dengan berkata,
 " Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah "
Rakaat pertama
bacalah surah Al-Fatihah dan mana-mana surah (disarankan membaca surah As-syams)
Rakaat kedua
bacalah surah Al-Fatihah dan mana-mana surah (disarankan membaca surah A-Dhuha)
Selesai menunaikannya,baca doa..

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."



Alhamdulillah,moga-moga kita semua dapat mengamalkannya dan istiqamah.Insyaallah..



-ISLAM itu INDAH-







6 comments:

Muhammad Marzuqi said...

Melaksanakan itu indah, senang,
cuma untuk istiqomah itu perlukan perjuangan. Moga istiqomah, ukhti ye..:-)

tura hepy said...

dulu rajin je buat, nk buat pon senang ati..tp bile dh keje dh mls je ase...kejam kan..? heee

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

to akhi marzuqi:

benar kata akhi..utk istiqomah prlukn perjuangan yg kuat:-)

terima kasih ats ucpnnya.

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

to mastura ku sayang

rindu kat kamu..insyaallah mastura boleh..kna rajin2 pujuk "hati"..:-)

Azam Husni said...

El-salam kak/ustazah :D

huhu, hebat masak ni, sy minat juga..ajarlah resepi2 skit =) Alhamdulillah, entri akak ni dah igtkan saya balik, lama dh tggl solat dhuha :( shkrn..

p/s: ukhty blh kongsi post saya 3 0 tu, moga bermanfaat untuk semua, syukrn bertandang ke teratak faqir sy.. =-)

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

waalaikumussalam..

syukran krn mmberikn kebenaran utk akak brkongsi entri adik ttg tajuk
3 0..insyaallah entri trsebut akan myusul di teratak akak ini nnt.syukran jazilan ya akhi.

brkongsi resipi??akak pun msih belajar lg drp emak..insyaallah nnt akak kgsikn resipi ibunda akak trsebut:-)

"akak bukan ustazah..tinggi sgt gelaran itu kpd akak..msh punya byk kkurangan diri ini.