Friday, February 11, 2011

ajaibnya DIRIMU

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah...masih dberi peluang utk menikmati kehidupan di BUMI ALLAH..Alhamdulillah hari ni brksmptn utk meng"update" blog.Sebenarnya nak update blog smlam tp dr pagi smpai ke malam brpeluang utk trlibat dalam 2 program yg brbeza..Ptg 2 free sikit..sikit je..tapi g bilik kwn wat tutorial mjahit tudung:-)Jahit sndiri lagi jimat:-)Trima kasih kpd kwn saya krn mgajar saya tnpa jemu..(Ruwaida nmnye).Alhamdulillah nnt boleh jahit sndiri tdg tnpa pgwsn drp ISO..(Cukup2)..Mula nak lari topik ni ...kalau wat karangan BM masa ting 5..rasanya kena reject..Lari drp topik:-)

Baiklah..trus kpd topik..Sebenarnya nak kongsikan bberapa ilmu n pngalamn yg menarik saya perolehi smlam.Semalam saya dan 2 org kwn brpeluang utk mjejakkan kaki ke Dewan Seminar Pusat Islam UUM kerana mghadiri ceramah.Yang menarik penceramah kali ini bukan calang-calang penceramah..Rasa terharu sgt krn brpeluang ke ceramah yg disampaikn oleh beliau.Beliau yg saya maksudkan ialah Dr Zulkifli Bin Muhammad Al Bakri.

 Rasanya ramai yg sudah yg mgenali yg beliau.Selalu juga djmput utk mnyampaikn ceramah sama ada dlm rncgn di TV1,Tv3 atau TV9.Semalam xdapat nak bw kamera sbb lupa cas bateri.Ini merupakan kali kedua beliau dtg ke UUM.

Tajuk ceramah yg beliau kupas semalam adalah Kupasan Kitab : IKTIBAR DAN HIKMAH MAULIDUR RASUL.Mmg suatu tajuk yg menarik.Dikupas lebih kurang 2jam.Tetapi sbnrnya masa yg dberikn itu ckp singkat untk mgupas ttg topik ini.Cukup meluas.Terlalu byk prkara yg boleh dikongsikan.


Jadi ini adalah serba sedikit perkongsian yg boleh saya kongsikan...Enjoy to read it.:-)

 Antaranya :

-Beliau menceritakan kpd kami ttg nasab keturunan NABI MUHAMMAD SAW.Sungguh mulia keturunan KEKASIH ALLAH..MUHAMMAD SAW.ALLAH memelihara nasab keturunan Nabi Muhammad SAW.

-Tarikh kelahiran NABI MUHAMMAD dipilih oleh YANG MAHA AGUNG iaitu bulan Rabiuawal.Rabiuawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman.Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab,sewaktu bulan rabiuawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka.Inilah sedikit sbyk ttg keunikan bulan Rabiuawal.

-Waktu kelahiran Rasulullah dipilih oleh ALLAH SWT iaitu di waktu fajar di mana waktu terbaik dalam kehidupan manusia yng pada masa ini iaitu waktu manusia hampir dengan ALLAH SWT.Waktu bermunajat kepada ALLAH SWT.Waktu yang paling tenang.

-Gelaran AL-AMIN yg diberikan kepada Rasulullah SAW bertepatan dengan akhlak Rasulullah.
"Pesanan drp Dr Zulkifli agar mmberikan nama anak sebaik-baiknya kerana nama itu adalah satu doa kpd seseorang" .Selain itu gelaran yg baik kpd sseorang juga penting kerana seringkali kita lihat masyarakat Melayu khususnya suka mgelarkn anak dgn tidak ada kena mgena dgn nama anak mereka.Macam-macam gelaran diberikan.

 -Nabi Muhammad adalah dipilih ALLAH utk mjadi yatim kerana mpunyai byk maksud yg tersurat dan  tersirat..Akhlak BAGINDA cukup indah.Banyak anak-anak yatim yg hebat sebagai contoh seperti Imam Syafie,Imam Abu Hanifah,Imam Al Bukhari dan termasuklah junjungan kita NABI MUHAMMAD SAW.

"Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat agung." (Al Qalam: 4)

"Pesan Dr Zulkifli agar masyarakat memuliakan anak-anak yatim.Jangan merendah-rendahkan anak yatim.Mengeksploitasi mereka dgn pelbagai cara."Jaga hati mereka."

-Dr Zulkifli juga menerangkan bahawa yatim membawa 3 pengertian iaitu :

 (i)yatim sesorang manusia apabila kematian Ayah.Tiada istilah yatim piatu..
(ii)yatim binatang kerana mati ibunya..Contoh yatim seekor anak lembu apabila ibunya(lembu betina mati)
 (iii)Yatim sekor burung apabila mati salah satunya..

-Akhlak terbahagi kepada tiga iaitu :
(i)tidak berakhlak
(ii)ada akhlak
(iii)mengakhlakkan

-Rasulullah SAW "duduk" atas akhlak maksudnya segala apa yang Rasulullah lakukan adalah akhlak.

 -Hati Rasullulah adalah untuk ALLAH SWT.

-Rasulullah berakhlk mulia antaranya sseorang yang pemurah,pemaaf,menepati janji,tabah,sabar dan banyak lagi(ini adalah antaranya...)-boleh baca ttg kisah Nabi Muhammad utk mgtahui lbh lanjut.

-seterusnya.ada lagi pesanan dripada Dr Zulkifli kepada semua hadirin yg hadir iaitu ILMU kalau tidak disertakan dengan perasaan TAKUT kepada ALLAh akan membawa kepada keburukan ke atas diri masing-masing.

Ini adalah serba sedikit yang dapat saya kongsikan.Khusyuk mendengar buti-butir kata yang disampaikan oleh Dr Zulkifli Muhammad Al-Bakri.Ini adalah serba sedikit yang dapat saya salin utk saya kongsikan.

-Sehingga itu,insyaallah dalam 2 3 hari ini saya akan "update" lagi blog saya mengenai 1 Cinta,Kekasih Awal dan Akhir yang akan dikupas oleh Al -fadil Syeikh Nuruddin Al Banjiri-antara tokoh yang disegani di Nusantara:-)

 -Moga saya diizinkan ALLAH SWT untuk menjejakkan kaki ke majlis ilmu trsebut pada 14 Februari 2011.

"ISLAM itu INDAH"
















2 comments:

Hitoeni Yuukan said...

owh.. Syukur anti dpt prgi.. dgr ceramah yg pnuh barakah 2.. mmg ana tringin sgt..
huhuhu
xper2.. nti Allah ksi ana pluang dgr..
ok2 thx kongsi Ilmu!!~

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

To hitoeni:

sama2..insyaallah jika diizinkan ALLAH..entry setrsnya nnt ana akn kgsikn ttg ceramah trsbt.

Trima kasih.