Monday, February 4, 2013

Saatnya akan tiba...

Dengan Nama ALLAH..

Sudah lama rasanya saya tak mencoret rasa hati di warkah sepi tanpa suara ini..Hampir mencecah dua bulan..Sepanjang dua bulan itu pelbagai pengajaran saya perolehi.Pesanan buat diri dan semua yang sedang membaca,sentiasa dekatkan diri dengan YANG MAHA PENGASIH saat suka mahupun duka.

Sentiasa denganNYA,basahi lidah membaca kalam cintaNYA..Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat kurniannya..

Usah meletakkan harapan yang terlalu tinggi menggunung kerana saat badai menghempas harapan itu terasa bagaikan berat memikul beban di hati..Hancur lebur bagai disiat-siat sekeping hati ini..

Saat jatuh,bangunlah..bangunlah..pandang ke hadapan..ALLAH sentiasa bersama kita.Ukirlah senyuman tanda bahgia kerana DIA memilih diri ini untuk merasai 'hadiah" penuh makna itu.

ALLAH sesekali tidak akan membebankan hambaNYA..

Yakinlah,di depan menanti sinar bahgia buatmu..Masanya akan tiba.Didiklah diri menjadi yang dipilih untuk yang dipilih olehNYA untukmu.

Ihsan d Fb..

No comments: