Saturday, October 27, 2012

Anda dan saya adalah PEMANDU..(^_^)

Alhamdulillah..

Belum terlambat untuk mengucapkan Selamat hari raya Aidiladha buat semua umat Islam.Marilah bersama-sama kita hayati maksud yang tersirat di sebalik ini.

Baiklah,dengan seronok minggu ini cuti berderet daripada jumaat hingga ahad.Faktor ini sebenarnya akan menyebabkan segelintir pekerja berasa "malas" untuk turun bekerja di hari Isnin termasuklah insan yang menulis ini..Emm..ye ker????(^_^)

Pada minggu pertama saya mula bekerja,saya dengan slumber (baca : buat2 berani) meluahkan hasrat hati untuk berhenti kerja kepada emak saya.

Dan dengan tidak semena-menanya saya telah di "brainwash" (baca : cuci minda) oleh emak saya.

Dush..dush..dush..Apa alasan saya berhenti bekerja??Nak tau tak ???

Ringkas sahaja alasannya.Tapi alhamdulillah setelah hampir 3 minggu saya dah dapat menyesuaikan diri dengan suasana di pejabat.

Saya rasa Cukup indah ALLAH mahu titipkan pengajaran dalam hidup saya.Saya memperoleh pengajaran.

Pengajarannya adalah:

1. Sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberian ALLAH

-Sepanjang saya menunggang motosikal pergi dan balik kerja,saya melihat beberapa pekerja asing
(baca: pekerja daripada luar negara) yang bekerja dalam sektor pembinaan.Hati disinggahi keinsafan.Mereka berpanasan di bawah terik untuk mencari rezeki.Sedangkan saya dingin dan selesa dengan air cond di pejabat.

Maka,nikmat mana yang ALLAH berikan yang engkau(baca : diri sendiri) ingin dustakan?

2.Sentiasa bersabar

-Dahulu semasa saya praktikal,seorang pegawai atasan di situ menitipkan nasihat penuh pengajaran buat saya.Katanya,apabila kita bergelar seorang pelajar,kita seperti seorang pelumba di litar.Jika strategi dan perancangan rapi telah diatur dan dengan latihan yang mantap,dengan mudah  kita akan mendapat gelaran "Juara Litar".Tapi,jika kita sudah bergelar seorang pekerja,kita bagaikan seorang pemandu di jalan raya.Pelbagai ragam yang bakal kita lalui andai kita memandu di jalan raya.Terdapat segelintir pengguna jalan raya yang degil tanpa mengikut undang-undang jalan raya.Kita perlu banyak bersabar dalam mengendalikan kenderaan yang kita pandu di jalan raya.Terkadang,apabila kita sudah berhati-hati di jalan raya,tetapi malang tak berbau.

Maka di sini,penting untuk kita membawa bersama-sama Allah di hati kita.Letakkan pergantungan seratus peratus pada ALLAH.Jangan lupakan ALLAH.Allah tak rugi andai kita lupakanNYA.Tapi kita yang muflis andai kita lupakan ALLAH.

Alhamdulillah,terima kasih YA ALLAH atas segala yang diberikan kepadaku ini.

Di sini saya ingin berkongsi kepada pembaca.marilah kita bersama-sama mengamalkan solat sunat Dhuha.Indah rasanya bila kita istiqamah untuk Dhuha.

Doakan saya dan juga kalian mampu istiqamah dalam menggapai redha ILAHI.

Insyaallah,moga ALLAH redha.








1 comment:

Al - Mu'allim said...

Salam 'alaik..
sangat menarik analogi yg kedua itu. Terima kasih atas perkongsian.