Alhamdulillah,Jumaat berkunjung tiba..Jumaat penuh barakah.Hari ini nak "update" entri yang baru.Tajuk entri hari ini.
"IMPIANKU"
Saya pasti kalian yang sedang membaca entry ini punya impian dalam kehidupan.Saya antara yang mempunyai impian seperti kalian juga.Terutamanya setelah habis pengajian ini,impian utama saya adalah ingin memberikan kebahgiaan kepada keluarga terutamanya abah dan emak saya.
Usai pengajian dalam Ijazah Pentadbiran Perniagaan di Universiti Utara Malaysia pada bulan 1 yang lalu,selesai peperiksaan akhir saya terus mengambil tiket pulang ke kampung halaman.Pengalaaman pahit manis terkenang saat bas ekspress yang saya naiki meninggalkan stesen bas changlun.
Pelbagai perkara juga berlegar-legar di minda.Setelah tamat pengajian dan berkira-kira serta merancang,saya ingin menjalankan perniagaan sendiri maksudnya ingin mengelak daripada "makan gaji".
Walaupunbagaimana,saya tetap juga mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan dan swasta.Tapi hati saya masih kuat untuk mengikuti perancangan saya untuk menjalankan perniagaan sendiri.
Kini hampir 3 bulan tamat pengajian,saya telah menghadiri satu temuduga.Namun,belum tiba rezeki saya untuk bekerja.Sekarang saya di rumah dan menetap bersama keluarga di kampung.
Alhamdulillah,hajat nak berniaga dipermudahkan.Tapi saya mulakan dengan perniagaan kecil-kecilan dahulu.Saya berniaga aiskrim Malaysia.

Saya juga turut menjual
![]() |
Gambar ini diambil drp blog dapurkakjee.com Dadih saya buat menggunakan serbuk dadih segera seperti di atas. |
turut menjual
![]() |
Gambar ehsan "google" |

Alhamdulillah,dan saya letak dibawah label "Wardah Sweet & Spicy".Insyaallah,akan datang nak jual cendol,air cincau dan mee siput.Seterusnya,saya mengambil keputusan nak ambil kursus jahitan yang ditawarkan di Giatmara selama 6 bulan.Insyaallah.Dah cuba"search" tapi belum jumpa tarikh daftar kursus.Moga ALLAH permudahkan.Insyaallah,dah tahu menjahit saya nak membuka satu lagi perniagaan iaitu di bawah label "Wardah Collection".Saya nak hasilkan jubah,tudung labuh dan beberapa busana muslimah.Doakan impian saya ini ya.Amin
Ok,bila dah ada impian,kita usaha untuk mencapainya.Yang penting jangan sesekali lupa tunaikan kewajipan sebagai hamba ALLAH.Laksanakan suruhanNYA dan tinggalkan laranganNYA.
Baik,sehingga berjumpa lagi.Insyaallah..Wassalam