Saturday, March 19, 2011

dah 2x MENGHADIRINYA...


Assalamualaikum dan salam penghulu segala hari...

 Sedihnya...sebenarnya..dah nak abis saya taip dan upload gambar2 utk entry terbaru kali ini..Tapi apakan daya..semuanya "ter" delete dalam sekelip mata...Dan akhirnya saya terpaksa redo semula.Sabar separuh daripada IMAN.

Penat..:-(..Kena berlari jap tadi ke ground floor angkat jemuran.Jemur kat bawah tapi duk di tingkat dua.Hehe..Gerimis tadi..Harap-harap tak hujan lebat petang nanti sebab ada plan ngan roomate nak g berbasikal..Exercise..:-)..

Insyaallah malam nanti nak ke Dewan Seminar Pusat Islam UUM...nak dengar ceramah yang bertajuk "WARKAH CINTA HARUMAN SYURGA" yang akan dikupas oleh Ustaz Hizbur Rahman (salah seorang finalis IMAM MUDA musim yang lalu).Moga ALLAH permudahkan langkah saya ke sana nanti.Amin..Insyaallah kalau berpeluang ke sana nanti,saya akan kongsikan ttg tajuk ini pada entry akan datang.

Sebenarnya,hari ini nak ceritakan serba sedikit tentang pengalaman saya dan kawan-kawan yang berpeluang menghadiri KURSUS PRA PERKAHWINAN pada 26 Februari 2011.Yang menariknya,peserta kursus kali ini kebanyakan terdiri daripada siswa dan siswi UUM.Mungkin disebabkan penganjurnya merupakan salah seorang pensyarah di UUM,jadi penyertaan yang diterima daripada siswa dan siswi UUM amat memberangsangkan.Rombongan kami dari UUM kalau xsilap saya sebanyak 3 buah bas ke Masjid As-Syahab,Kepala Batas Kedah di mana tempat berlangsungnya kursus ini.





Ustaz Bashir(Pensyarah Subjek Seminar Muamalat saya dan kawan2..selaku penceramah dlm slot yg terakhir)seronok hadiri kelas beliau
Foto-foto di atas merupakan antara penceramah dalam Kursus Pra Perkahwinan..Slot yg paling "menakutkan" slot Penjagaan Kesihatan brsama Puan Siah..(tiada dalam gambar)

 


Antara slot dalam kursus tersebut..gambar utk slot lain segan nak ambik..duk kat barisan depan..bila ada peluang..penceramah x perasan..baru boleh snap gmbr slide 2...hehe..


Ruang solat muslimat di tingkat atas

Ruang solat muslimin



Masyaallah..indahnya pemandangan sekitar Masjid As-Syahab...lagi indah bila malam menjelma..

Buku yang dibeli semasa kursus tersebut..hanya di jual dalam kursus.Tiada dalam pasaran:-)




Sijil yang saya dapat semasa hadiri kursus buat pertama kali di Sarawak..Sijil utk kursus utk kali kedua ini  tak dapat lagi.

Agaknya ada yang terkejut tak????hehe..saya dah pun menghadiri kursus Pra Perkahwinan ini buat kali kedua sepanjang berusia 23 tahun.Pertama di Sarawak dan yang kedua di Kedah.Tapi saya belum berumahtangga lagi.Bagi saya,saya hadirkan diri untuk kursus ini adalah untuk menambah ilmu dan pengalaman.Nak buang "mind set" sesetengah individu zaman la ni..(loghat utara dah keluaq..hehe)..bila dah dekat2 nak kahwin..baru  hadiri kursus ini.Saya bertambah2 risau bila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM iaitu setiap 15 minit satu pasangan bercerai.Isu ini telah turut dibincangkan dalam kelas Strategic Management saya pada khamis yang lepas.

Ustaz Zabidi selaku Pengerusi Majlis dengan nada bergurau meminta kami setelah dapat sijil kursus nanti,pusing2 satu kampus dengan bangga tunjuk sijil bahawa kami semua dah boleh kahwin..Hehe..Berderai ketawa kami setelah mendengarnya.
 

 Maka dengan ini TAMAT ceritera saya buat kali ini.Nak tahu lebih lanjut tentang kursus ini..anda semua kena menghadirinya:-)Hari ini dah hari sabtu..sebenarnya saya nak "publish" post ini semalam tapi tak berkesempatan kerana belum selesai.Alhamdulillah,saya diizinkan olehNYA hari ini untuk "publish' post yg trbaru saya pada hari ini.Semalam juga saya berkesempatan utk berbasikal bersama-sama kawan2 dan berpeluang menjejakkan kaki ke Pusat Islam UUM untuk menghadiri MAJLIS  ILMU.Alhamdulillah syukur ke hadrat YANG MAHA ESA kerana memudahkan langkah saya ke majlis tersebut.Insyaallah,saya akan kongsikan ilmu yang saya dapat dalam ceramah tersebut pada akan datang.

Sehingga ke temu lagi...Insyaallah.

-ISLAM itu INDAH-
tinta hati :

entry ini dah lama disimpan..sebelum jadi "pekasam"
jadi ana post hari ini.
Moga beroleh manfaat:-)


3 comments:

shahjiehan said...

dah bleh kawen la ni ea...


jom baca dan komen Novel cinta yang hangat di pasaran.

shahjiehan said...

akak, sila buang verification tuh~


jom baca dan komen Tutorial buang verification

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalamualaikum

insyaallah..kalau ada nnt akak pos kad pd shah..:-)

akak xtau pun ade verification 2..trima kasih gtau..ya nnt akak buang verification..