Alhamdulillah..Ana berkesempatan untuk "mengupdate" blog sebelum ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah,Muar pada pagi ini.Temujanji pada pukul 10 pagi..Cuma berjumpa doktor.Tiada yang serius..Hanya "follow up"..
Indahnya pagi ini..nak kongsikan sesuatu kepada kalian,pengunjung teratak yang saya kasihi kerana ALLAH..
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ،
Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau
خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ
Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu.
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ
Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku.
أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ
Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan
أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى
Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan,
فَاغْفِرْ لِى فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ،
Oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.
Nabi bersabda, "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu ia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka ia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu ia meninggal dunia sebelum pagi hari maka ia termasuk dari ahli syurga".
(H.R Imam Bukhari)
Kalian semua..doakan ana ya.:-)
Nak beli kain tudung macam warna yang ustazah Fatimah Syarha pakai.. |
-ISLAM itu INDAH-
2 comments:
macam mana kesihatan ukhti?
assalamualaikum
alhamdulillah akhi Marzuqi..tiada yang serius..semuanya baik..alhamdulillah..
Syukran ya akhi.
Post a Comment