Assalamualaikum
Alhamdulillah,syukur kepadaMU.Jutaan terima kasih buat para pembaca yang dikasihi sekalian kerana sudi melawat teratak ana yang punya kekurangan ini.Terima kasih kerana mengisi ruang masa anda buat seketika menjengah blog ana.Moga beroleh manfaat.
Pejam celik pejam celik , hari ini sudah pun menjangkau 7 syaaban 1432H..Dalam beberapa minggu sahaja seluruh UMAT NABI MUHAMAMAD akan menyambut RAMADHAN AL MUBARAK.Moga ana diberikan kesempatan olehNYA untuk bertemu dengan RAMADHAN.
Alhamdulillah..kembali daripada bercuti buat beberapa hari.Alhamdulillah..dalam tempoh bercuti tersebut terlalu banyak ibrah yang ana perolehi.Syukur ke hadratMU.
Salah satunya adalah sentiasa Tenang dalam menghadapi sesuatu perkara.Usah gopoh dan gelisah.Hati yang tenang adalah hati yang sentiasa mengingati ALLAH.Sentiasa bergantung dan mohon segala-galanya daripada DIA.Alhamdilillah,ALLAH permudahkan ana.
SENYUM adalah VITAMIN..kenapa ana berkata begitu??Cuba kalian senyum (SENYUM TAU)...saya tak nampak pun kalian senyum..HEHEHe..senyum ya.Mudah bukan???Mudah sangat..Sedekah yang mudah untuk kita ungkapkan tapi sukar untuk kita lakukan..Selalu dengarkan ..Senyum itu satu sedekah.
Insyaallah..orang yang sentiasa senyum walau dalam duka mahupun suka insyaallah mereka akan merasa bahgia..Anda setuju...Cuba praktikkan dalm seminggu ini..Nanti share kan keputusannya pada ana:-)..Tapi tengok2 juga keliling..kalau senyum memanjang nanti..pelik pula ya.:-)
Sekarang pun tgh senyum walau tengah runsing(key in data lbh kurang 90 permohonan..save dlm pendrive dan tiba2 pendrive xdpt buka hari ini)...Cuba tahan untuk tidak menangis dulu..sampai umah ti nangis ek peluk emak:-)..Nak praktikkan dan tengok kesannya.(SENYUM)
Seterusnya,buat pertama kali dalam kehidupan ana,ana pegang perut ibu yang mengandung..SUBHANALLAH..mcm tak percaya..terasa di tapak tangan ana,baby dlm perut kak Yan(staf PTM)menendang.".main bola.".hehe...Nak jadi macam Safee Ali ya..Satu pengalaman baru buat ana.Percaya atau tidak,seorang ibu yang mengandung membawa beban lbh kurang 5kg hingga 6 kg dalam tempoh kandungan.(ana penah bca ttg perkara ini tp dh lupa baca katne).Hargailah segala pergorbanan abah dan mak.
Duhai anak-anak sekalian(termasuk ana)..Usai solat,tadah tangan berdoa moga ALLAH ampunkan dosa mereka.Diberikan kesihatan yang sejahtera kepada mereka.Banyak lagi doa-doa yang boleh diamalkan oleh kita(anak-anak sekalian) bagi mendoakan kesejahteraan abah dan mak kita(Alhamdulillah ana ada MAK,IBU dan MAMA)..Emak merupakan emak kandung ana.Selalu di HATI ana.Mama pula ana kenal di FB..Taaruf dan akhirnya Mama ambil keputusan untuk ambil ana sebagai anak angkat MAMA.IBU pula merupakan staf PTM..Ibu lebih senang jika beliau dipanggil dengan gelaran IBU..Jadi ana ada EMAK,MAMA dan IBU.Seronok sgt.Nanti nak suruh anak-anak panggil ana UMMI..Insyaallah..(jauhnya berangan)
Seterusnya,SYUKUR dengan segala nikmat YANG MAHA PEMURAH kurniakan..Terlalu banyak nikmat yang ALLAH kurniakan buat kita..Petang ini,dengan izinNYA dan kesempatan yang diberikan olehNYA kepada ana..Ana berkesempatan mencoret bingkisan hati di teratak yang ana rindui ini.Jangan pernah sesekali kita sombong dan bongkak dengan segala nikmat yang ALLAH kurniakan buat kita.
Emm..banyak lagi.Jangan pernah mengungkit apabila kita melakukan sesuatu kebaikan.Pagi tadi usai membaca AL-Quran beramai-ramai..Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk mendengar tazkirah.Antara pengisian yang ana perolehi iaitu 3 orang yang tidak memasuki syurga adalah orang yang berdusta,orang yang kedekut dan orang yang mengungkit.
Seterusnya(asyik guna penanda wacana ini je)..hehehe..Perbetulkan niat hanya kerana ALLAH apabila melakukan sesuatu perkara.Niat kerana ALLAH SWT..Insyaallah kita akan merasai kemanisannya.
Akhir sekali(nanti ana sambung cite lagi ya)..jangan merasakan bahawa kita malang apabila ditimpa kesusahan kerana sesungguhnya UJIAN tersebut adalah setimpal dengan kemampuan diri kita dalam menghadapinya kerana ALLAH mengetahui segala yang terbaik untuk hambanya Contohnya..jika anda rasa anda susah hanya dapat memandu kereta MYVI bukan BMW maka ingatlah ana yang lagi susah dengan hanya menunggang motosikal..jika anda rasa susah menunggang motosikal ada yang lagi susah dengan hanya mengayuh basikal,jika anda rasa susah ada lagi yang susah dengan hanya berjalan kaki dan jika kalian berasa susah ada lagi yang susah kerana nikmat kaki untuk melangkah telah ditarik oleh ALLAH SWT...
Sentiasa bermuhasabah diri...
Buat peringatan diri ana yang punya kekurangan ini dan kalian..Ingatlah bahawa setiap yang berlaku telah ditetapkan sejak azali lagi.ALLAH MAHA MENGETAHUI segala-galanya.
. . . Kita tidak punya apa-apa..sekadar meminjam segalanya daripada DIA
kerna kita milik ALLAH YANG MAHA ESA.
-ISLAM itu INDAH-
No comments:
Post a Comment