Ana tak bisa bercoret panjang..hati masih runsing..hati masih sedih..Menunggu masa untuk menitiskan titisan air mata ini buat sekian kalinya..Terkejut menerima berita bahawa pak cik ana,adik kepada abah ana masuk hospital petang tadi.
Alhamdulillah dengan izinNYA,ana berkesempatan menziarahinya petang tadi setelah beliau dimasukkan ke wad 4 di Hospital Sultanah Fatimah,Muar.
Perasaan ana pabila bersua dengan pak andak..Tak tergambar perasaan tika itu..Sangat sedih.Tanpa dipinta air mata ini menitis apabila melihat pak andak bersalaman dengan mak (nenek ana)..Nenek,ana serta mak andak(isteri pak andak) dan dua orang mak saudara menitiskan air mata.Tidak dapat disembunyikan lagi perasaan saat itu
Ana sedih sangat kerana tidak dapat mengucapkan sebarang kata sokongan kepada pak andak saat kami semua mohon undur diri untuk pulang..Ana teringin sangat nak ucap "Jaga diri pak andak..Moga cepat sembuh".Namun kata-kata itu tak mampu ana ungkapkan.
Moga pak andak cepat sembuh..
Ya ALLAH berikanlah kesembuhan kepada bapa saudaraku..Berikanlah kekuatan kepada isteri dan anak-anaknya dalam menghadapi semua ini.
Akhir kata ,mohon doa sahabat semua agar mendoakan pak andak ana segera sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.Ana akhiri ucapan jutaan terima kasih tak terhingga atas doa kalian semua.
tinta hati :
Al-fatihah buat pak longku(2009) dan pak acik zul (2011) yang pergi meninggalkan kami menemui
Ya Rabb.
2 comments:
salam ukhti.
entah kenapa..ana turut menangis dikala mmbca nukilan ini..
teringan arwah abg ana yg pergi meninggalkan kami sekelurga..pergi secara mengejut akibat kemalangan jalan raya(1976-1998).. pilu melihat ummi hari2 memujuk abi yg xlalu nk makan coz teringatkan anak kesayangan mereka..
Bulan ramadhan ini jua mengingatkan ana pada arwah atuk meninggalkan kami pada 4 Ramadhan (2006).. Pilu pula melihat abi memujuk ummi tiap2 pagi ketika mendengar alunan ayat suci al-quran dari kami adik beradik ketika selesai solat subuh berjemaah...
semoga pak andak enti tabah & kuat semangat atas dugaan yg Allah berikan..semoga pan andak enti cepat sembuh..insyaAllah..sama2 lah kira berdoa ya..
amin..
assalammualaikum
syukran jazilan ya ukhti atas doanya.ana minta maaf krn mbuat ukhti menangis.
Al-fatihah buat arwah abang dan arwah nenda ukhti.
Post a Comment