Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi masih diberi kesempatan untuk menarikan jari jemari di teratak saya ini..Rindu sangat ingin berkongsi di teratak ini.Tak terlintas pun sebenarnya nak "update" blog pada petang yang agak2 redup ini..Tapi bila tengok ramai sahabat2 bloggers "update" post maka rasa berkobar-kobar pula ingin menarikan jari jemari mencoret sedikit bingkisan hati..Saat ini tengah dilanda selsema..rasa tak sihat sikit.
Baiklah,saya pasti setiap daripada kita berhadapan dangan pelbagai pilihan setiap hari..Diminta untuk memilih itu dan ini..Sebagai contoh..
Situasi 1
Hari ini nak pakai baju warna ape ye??wrna biru ke??warna pink ke??
Situasi 2
Cik.nak makan ape??kat sini ada macam2..mee goreng ada..nasi goreng ada..tomyam ada..nasi ayam ada..Macam2 ade....Tak ke pening nak memilih..
Situasi 3
Hujung minggu ini rasa nak jalan2 makan angin la..Emm..rasa nak pg Port Dickson la..gi mandi manda..tapi teringin plak nak gi melaka..Aduh2..yang mana satu ??
Itu adalah antara contoh2 pilihan dalam hidup kita.Yang pasti apabila membuat pilihan kita akan melihat kepada kelebihan2" nyata" yang jelas atas pilihan yang ingin kita buat. Kita akan memilih untuk berada dalam tahap keselasaan tanpa mahu terjebak dengan pelbagai risiko yang bakal menanti atas pilihan yang kita lakukan.Makanya kita akan memilih sesuatu perkara yang tidak akan membuahkan risiko2 dalam hidup kita.
Tapi kadangkala kita akan berhadapan dengan pilihan yang tidak memberikan kita pilihan..pelik bunyinya kan..bagai diluak mati emak,ditelan mati bapa.
Oleh itu,pokok pangkalnya kembali pada YANG MAHA MENDENGAR.Pinta dan pohon padanya agar dipemudahkan dalam berhadapan dan membuat pilihan dalam kehidupan kita
Maka,di sini saya ingin berkongsi beberapa doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita.
Doa untuk kebaikan dalam semua urusan
Ya Allah perelokkanlah segala amal perbuatan kami sekaliannya,Ya Allah tambahkanlah kami dan janganlah mengurangkan kami dan muliakanlah kami dan bukan menghinakan kami,kurniakanlah akan kami dan bukan menegah atau menahan kami,redhakanlah kami dan redha daripada kami wahai Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat
Doa untuk mendapat segala kebaikan
Ya Allah bukakanlah bagi kami pintu-pintu kebaikan,pintu berkat,pintu nikmat,pintu rezeki,pintu kekuatan,pintu kesihatan,pintu keselamatan dan pintu-pintu syurga.
Doa untuk mendapat kebaikan dan berlindung dari kejahatan
Ya Allah, sesungguhnya aku pinta akan Dikau dari kebaikan semuanya sama ada segera ataupun lambat, apa yang aku mengetahui daripadanya dan apa yang tidak aku mengetahuinya, dan aku berlindung denganMU dari segala kejahatan sama ada segera mahupun lambat,apa yang telah aku mengetahui daripadanya dan apa yang tidak aku mengetahui.
Sekian.
-ISLAM itu INDAH-
6 comments:
Kalau tak dapat memilih,
lakukan semua sekali..:-) bagaimana tuh?huhu
assalamualaikum
lakukan smua skali??penat tu akhi..
tp kdgkala kita kena memilih satu shaja..
Lumrah kehidupan..:-)
Pilih satu anta 3 atau 4 senang...
Tapi...
Kalau pilih satu antara 2....
Hurmmm...
"Hidup tanpa perjuangan adalah hidup dalam keaiban"
(^-^)
Kadang2 kita selalu mengeluh kerana tiada pilihan...
Ttp kita ttp juga selalu mengeluh apabila trdpt byk pilihan...
Semuanya bagai tidak kena...
Hanya kpd Allah jualah tmpt bergntung dlm mmbuat plihan...
to Baitil a'tiQa
"hidup tanpa perjuangan adlh hidup dlm keaiban"
Syukran atas peringatannya.
salam ukhuwwah:-)
to en.Hadi:
setuju ngan en.Hadi..
"Jauhi drp mengeluh tapi sentiasa bermuhasabah atas setiap perkara yg berlaku"
syukran atas peringatannya
Post a Comment