Apa khabar HATI hari ini?Insyaallah,moga lebih baik daripada semalam dan masa-masa lalunya.
Dah agak lama tak "menconteng" dinding teratak ini.Alhamdulillah hari ini diizinkan olehNYA.
Sebenarnya beberapa hari ini sibuk sikit sebab ada walimah sepupu.Jadi,tolong-tolong yang mana patut..Nak tolong memasak..Tak pakar lagi.(^____^)
Masih berada di sarawak..Semalam mak dan abah kemalangan kecil.Namun,terdapat luka-luka di muka,badan dan tangan abah serta emak.Berderau juga jantung bila dengarnya.Alhamdulillah semua baik-baik saja.Dalam 2 minggu lagi..Insyaallah akan berada di sarawak..Insyaallah daripada sarawak akan terbang pula ke Selangor.
Insyaallah setelah ke Selangor,beberapa hari kemudian akan ke Kuala Lumpur pula..Macam sibuk aje??hehe..
Allahu akbar..Walau ke mana sahaja kaki dipijak,Jangan sesekali lupa bahawa semua yang kita Nikmati hanyalah pinjaman daripada YANG MAHA AGUNG..Insyaallah apabila kita sentiasa mengingatiNYA,kita tak akan mudah untuk alpa dalam merasai nikmat dan kurniaan pemberianNYA.
Tak lama lagi,tarikh itu bakal menjelma lagi..Walaupun BAGINDA telah lama meninggalkan kita..Namun kasih dan sayang Rasulullah masih ada bersama kita iaitu SUNNAH yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk kita amalkan.
Sayangilah ALLAH dan Rasul.
CINTA ALLAH DAN RASUL SOKMO
~Dia KEKASIH Allah~
setiap kali dengar lagu ini..pasti bergenang air mata..