Wednesday, January 22, 2014

Ya,DIA sembunyi lagi..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Sudah agak kekok bagiku untuk menukilkan bait-bait kata di hamparan bisu tanpa suara ini.
Namun,gejolak hatiku meronta-meronta untuk ku titipkan kata-kata di hamparan ini.

Tahun ini,usiaku bakal menginjak ke satu angka lagi.Dan sudah pasti persoalan yang sering hinggap di telingaku adalah DIA yang bernama JODOH.

Lagi menjadi-menjadi pertanyaannya pada tahun ini.Bertubi-tubi pertanyaan tentangnya disoal kepadaku.

Dengan seukir senyuman,aku hanya membalas 'Insyaallah doakan buat Azlen,calon bagi Azlen,ALLAH sembunyikan lagi.

Lalu berderai ketawa sang penanya.

Ya,benar.Hanya itu mampu ku balasi atas setiap persoalan tersebut.

Moga ALLAH hadirkan DIA pada saat ALLAH pasti aku sudah bersedia menerima DIA dalam kehidupanku.

Di setiap sujud dan doaku,ku memohon agar ALLAH kurniakan aku dengan pasangan yang terbaik yang telah ALLAH tuliskan buatku.

Ya,ALLAH MAHA MENGETAHUI detik itu buatku.

Buatmu, Azlen..

Persiapkanlah dirimu dengan ilmu yang tidak pernah putus
Perkuatkanlah dirimu dengan kebergantungannu kepada Penciptamu
Perhebatkanlah cintamu kepada YANG MAHA ESA dan jua kekasihNYA Ya Rasulullah
Kerna yakinlah jika cintamu pada PenciptaMu lebih daripada segala-galanya
Kamu sudah bahgia dunia dan akhirat.

Yakinlah wahai insan bernama NOOR AZLEN  BINTI HARON.

Saturday, November 9, 2013

AZAM dihatiku

Dengan Nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG

Alhamdulillah,pejam celikpejam celik,kita sudah melangkah ke tahun baru 1435H.
Pastinya setiap daripada kita punya azam atau sasaran untuk digapai.

Paling 'common' azam tahun baru buat yang bergelar HAWA adalah menurunkan berat badan
 (baca : nak diet).

Macam ada pengalaman aje..(baca : Tutup muka sekarang)

Walau apapun,azam dan cita-cita yang ingin kita kecapi,pandulah ia dengan IMAN dan TAQWA.

Kadangkala,setiap perancangaan yang kita aturkan tidak dapat dilaksanakan kerana sesungguhnya ALLAH jua punya perancangan buat kita iaitu hambaNYA.Yakinlah perancangan YANG MAHA AGUNG adalah yang terbaik buat kita.

Pastinya ada hikmah indah yang tersirat disebaliknya maka lihatlah setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita dngan mata HATI.

Bawalah ALLAH dalam setiap nafas kita.Syukurilah setiap nikmat dan ujian daripadaNYA.
Kamu,kamu,kamu dan saya punya AZAM baru yang ingin direalisasikan,maka ayuh kita realisasikan dengan usaha yang setimpal dan tembakan doa yang tiada putus-putus.



"Every SUCCESS begin with single STEP"



Saturday, July 20, 2013

Syukur..kamu akan BAHGIA.



Assalamualaikum

Salam Ramadhan al-Mubarak buat muslimin dan muslimat sekalian.

Alhamdulillah,kita sudah sampai pada 11 Ramadhan 1434H.Fasa ke-2 dalam bulan Ramadhan.Bak kata Ustaz Badli Shah dalam rancangan cinta ILMU di tv alHijrah semalam  iaitu pusingan separuh akhir.

Makanya,tak semua daripada kita dipilih ALLAH untuk melangkah detik ini.

Alhamdulillah,saya dan kalian yang sedang membaca nukilan ini dipilih ALLAH untuk sampai ke detik ini.

Bagaimana dengan ramadhan kita yang berlalu 10 hari yang lalu?

MUHASABAH.

Maka,detik yang berbaki lagi ini kita gunakan dengan sebaik-baiknya bagi mengejar keredhaan YANG MAHA PENGASIH.

Syukur dengan segala nikmat yang diberikanNYA.Gunakanlah sebaik-baik RAMADHAN kali ini.

Ramadhan kali ini ternyata berbeza bagi saya.
Ujian "Kesunyian" yang ALLAH hantarkan buat saya saat menyambut awal ramadhan.
Bersahur dan berbuka keseorangan di rumah di perantauan.Merantau di negeri orang mencari rezeki.

Tambah sayu saat menerima panggilan daripada emak dan abah di kampung bertanyakan juadah sahur anak gadis sulungnya pada 1 Ramadhan

ALLAH..ALLAH.Sebak hati hanya ALLAH yang tahu.

Tanpa dipinta airmata berguguran membasahi pipi menikmati hidangan 'Maggi" pada sahur 1 Ramadhan.Tapi jauh di sudut hati bersyukur sangat pada YANG MAHA PENGASIH kerana memberikan diri yang kerdil ini untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakaH INI.

ALLAH ajarkan saya agar belajar untuk menghargai kehidupan dan melihat sekeliling dengan mata hati.

Alhamdulillah,terima kasih YA ALLAH.

Saya seharusnya bersyukur ke atas segala nikmat yang diberikanNYA.

Ujian "kecil" buat diri saya.Nun jauh di luar sana ada lagi yang ALLAH uji dengan ujian sebesar-besarnya.

ALLAH MAHA PENGASIH,ALLAH MAHA PENYAYANG.

Akhirnya,saya nak menyeru kepada diri saya sendiri dan kalian yang membaca nukilan ini agar sentiasa bersyukur dengan nikmat pemberianNYA.


doa sujud syukur, kata ucapan syukur, ungkapan syukur, ayat tentang syukur, kata mutiara syukur, hadist tentang syukur

Wednesday, June 5, 2013

Syukur,syukur dan terus bersyukur..

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Setiap hari rabu pastinya saya akan setia menanti rancangan "Islam itu Indah" di ikim.Prof Muhaya satu nama yang tak asing lagi dalam, dunia motivasi.

Pagi ini tajuknya "Reset minda Celik Hati-Perbaiki diri".Memang banyak kata-kata daripada Prof yang "menembak" saya pagi ini.alhamdulillah

Saya kongsikan kata-kata itu buat pedoman diri saya dan pengunjung teratak ini.

Prof pesan buangkan sikap "berkecil hati" dalam diri kita.Bila seseorang buat ini,buat itu pada diri kita.Kita akan mudah kecil hati.Maka kita tukar,doakan orang tersebut..Doakan untuk kita agar ALLAH berikan kekuatan pada kita.

Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat kurniaan ALLAH.Tiada guna untuk kita berkecil  hati atau kecewa dengan setiap yang berlaku dalam hidup kita.Memang sukar untuk dilakukan tapi tak mustahil.Ingat setiap berlaku dalam, hidup kita ada hikmah daripadaNYA.ALLAH Maha Pengasih tak akan sesekali menyakiti kita.DIA tahu yang terbaik buat kita,hambaNYA.

Bangkitlah,nikmati kehidupan ini dengan "Kesedaran Ketuhanan yang tinggi'.Bila kita hidup dengan kesedaran Ketuhanan yang tinggi kita akan sentiasa berpaut dengan YANG MAHA KUASA.

Banyak lagi yang Prof kongsikan.Boleh dengar sendiri di sini :

 http://www.ikimfm.my/index.php?option=com_content&view=article&id=76&Itemid=78



Moga Allah berikan kekuatan untuk saya amalkan dalam, kehidupan setiap panduan dan nasihat yang berguna ini.AMIN.

Moga ALLAH redha.

Monday, June 3, 2013

Senyumlah Duhai Hati..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Sudah berkurun tidak pulang ke teratak tanpa suara ini.Menanam benih kata-kata di tanahnya yang luas.Hari ini ku pulang seketika.

Tidaklah nama kehidupan andai UJIAN tidak menyapa.Selagi kita bernama hamba padaNYA selagi itu kita akan diuji.Dan kehidupan ini juga sebenarnya adalah UJIAN.

Ujian untuk kita sentiasa memilih.Setiap hari kita harus memilih.Pilihan yang tepat pasti di akhirnya bahgia dan indah.

Dalam memilih,Yang Maha Pengasih tidak akan meninggalkan kita terkapai-kapai.Sudah nyata lagi jelas AL-quran diturunkan buat Umat Nabi Muhammad sebagai panduan dalam mengemudikan arah dalam kehidupan yang diredhai olehNYA.

Pegang kukuh ayat-ayat cinta ALLAH ini pasti kita akan lalui kehidupan penuh indah dan membahgiakan.Insyaallah

Thursday, April 4, 2013

Ku Pilih Bahgia

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Alhamdulillah..Terima kasih Ya ALLAH..


Sudah hampir berbulan-bulan juga tidak mengemaskini blog.Allahu akbar..

Insyaallah,malam ini ALLAH gerakkan hati untuk berkongsi luahan rasa hati untuk perkongsian.

Saya kini berada di sebuah negeri di utara tanah air.Dulu menuntut seribu satu ilmu di sini.Kini tujuannya sama tetapi dengan cara yang berbeza.


Alhamdulillah,sudah hampir sebulan lebih di sini.Banyak ilmu dan pengalaman diperolehi di sini.


Tanggal 18 Februari 2013,bermula perjalanan hidupku di utara tanah air..Perjalanan mencari rezeki.Hari pertama ke pejabat saya terpaksa berjalan kaki..Ya berjalan kaki hampir setengah jam.


Menunggu bas hampir setengah,namun bas tidak kunjung tiba.Di tempat yang baru,jadual perjalanan bas tidak saya ketahui.


Saya menapak satu persatu..Sampai ke pejabat dengan keadaan muka yang pucat..Merah..berpeluh.Perjalanan yang sangat memenatkan di bawah terik mentari.


Malam itu,mahu sahaja saya ingin membeli tiket bas untuk pulang ke kampung halaman setelah baru sehari memulakan tugasan.


Namun,setelah difikirkan semula..Saya perlu kuat untuk menghadapinya..Hari kedua,saya menunggu bas 1jam setengah awal daripada hari pertama.Alhamdulillah,ALLAH hadirkan bas untuk saya untuk hari kedua hingga ke hari ini.Maka,saya adalah pekerja yang masuk sejam awal ke pejabat.Sebenarnya,kalau nak dikirakan rumah tempat saya diami ke pejabat hanya 10 minit.Namun,rezeki saya buat masa ini adalah dengan menaiki bas.Alhamdulillah,maka saya perlu mengikut jadual perjalanan bas.


Alhamdulillah,sebulan lebih menaiki bas.Pernah sekali,pengalaman agak-agak kelat a.k.a pahit tapi manis juga iaitu menunggu bas untuk pulang ke rumah hampir 2jam..Ya,2 jam.Sepanjang dua jam itu,ALLAH hadirkan seorang mak cik bersama 3 orang anaknya yang turut bersama saya menunggu bas.


Saya bersembang dengan mak cik tersebut.Pelbagai cerita dibualkan.Tiba-tiba anak lelaki kecilnya menyapa 


"Mak,suruk pak ambik..Lama lagi ka tunggu bas ini..Luah anak kecil itu."

Ibunya menjawab sambil tersenyum."Kalau nak suruh pak ambik,3 kali mai..Ambik adik,pastu kak,pastu mak.Luah mak cik itu kepada anaknya.


Allahu Allah..Hati saya tersentuh.Sebak mengenangkan anak kecil itu.


Daripada seorang anak kecil itu,saya peroleh pengajaran.

Hidup itu PILIHAN,ingin BAHGIA maka ciptalah KEBAHGIAAN bukan mencari KEBAHGIAAN



Photo

p/s: Alhamdulillah,petang ini baru berpeluang menge"post" Entry yang ditulis minggu lepas.Alhamdulillah,ALLAH izinkan  menghantarkan kereta.Kini ke tempat kerja,"housemate" hantar dan ambil dengan kereta.Terima kasih Ya ALLAH

Wednesday, February 6, 2013

Bila hati terdetik...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah,terima kasih Ya ALLAH atas segala nikmat dan kurniaan yang telah diberikan.

Alhamdulillah,nak kongsikan sebuah cerita..Cerita benar..Terharu saat mendengar bait kata-katanya.

Akak,saya ada keinginan bertudung labuh..Suka tengok kawan pakai.Saya terkejut tengok perubahan dia.Start daripada situ saya rasa macam nak pakai tudung labuh.Luah seorang yang bergelar adik buat saya.

Alhamdulillah,kalau ada keinginan,tunaikan.Mulanya bila kita nak lakukan perubahan..Akan ada ujian dan cabaran..Tapi ujian dan cabaran itu tanda ALLAH sayangkan kita.Jangan risau kalau ada orang sekeliling mengata.Kita tak daya nak hentikan kata-katanya.Dah penat nanti mereka diam.Adik teruskan.

Jawapan balasku kepada adik itu.Moga ALLAH gerakkan hatinya untuk meneruskan niatnya itu.AMIN

Akak,saya dah malu nak pakai macam tu..Sekarang saya dah cuba pakai handsock dan stokin..Kadang panas juga rasanya..Kadang xpakai..Tapi saya cuba juga pakai.

Lantas saya membalas dengan senyumannya.

Luahan hati daripada dua adik ini membuatkan hati saya terharu.Niat murninya untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.Mematuhi syariat dalam menutup aurat.

Ya ALLAH,teguhkan hati kami atas jalan agamaMU,kekalkan hidayah yang telah Engkau sinarkan di hati kami.Ya ALLAH,hanya kepadaMU hamba meminta dan bermohon perlindungan..YA RAHMAN YA RAHIM.

Bila hati terdetik untuk berubah ke arah yang lebih baik..Teruskan niat itu.Mohon kekuatan daripada 
YANG MAHA KUAT,YANG MAHA PENOLONG.