Wednesday, May 30, 2012

Ayuh,BERUSAHALAH!!!

Alhamdulillah wa syukurillah..Allah berikan kesempatan untuk menyertai Konvensyen Bidadari Dunia dan konvensyen Super Parents.



Alhamdulillah,pelbagai pengalaman manis serta ilmu diperolehi.
Antaranya,di KBD,saya dapat ...Tak mampu untuk saya gambarkannya.Apa yang saya ingin katakan kepada sahabat-sahabatku yang bergelar HAWA bahawa berusahalah menjadi wanita yang berkeperibadian CANTIK.Ketahuilah kita cukup beruntung dipilih oleh ALLAH menjadi HAWA.

Dan kepada yang belum tiba masanya dianugerahkan "PEMIMPIN" oleh Allah seperti saya maka teruslah berusaha menjadi PEMIMPIN untuk diri sendiri dahulu.

Seterusnya di KSP,saya mendapat seribu satu pengisian yang bermanfaat.Juga ucapan khas ditujukan kepada yang belum tiba masanya dianugerahkan "PEMIMPIN" oleh Allah,terus berusaha mempersiapkan diri dengan ilmu dunia dan akhirat untuk menjadi seorang anak yang HEBAT kepada keluarga,isteri yang HEBAT kepada seorang SUAMI,ibu yang HEBAT kepada anak-anak dan akhirnya menjadi PEMIMPIN yang HEBAT kepada diri sendiri.

Jangan pernah berputus asa selagi ALLAH memberikan kita peluang.

~Saya ingin menjadi seorang menjadi seorang anak yang HEBAT kepada keluarga,isteri yang HEBAT kepada seorang SUAMI,ibu yang HEBAT kepada anak-anak dan akhirnya menjadi PEMIMPIN yang HEBAT kepada diri sendiri.Doakan saya.

Ayuh,BERUSAHALAH!!!

Thursday, May 24, 2012

Apa Ertinya??

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang

Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah.Dah lama tak melukis di dinding teratak ini.Nak kongsi sesuatu hari ini.Sebelum tu,sejak keluar statistik 2.5 juta penduduk berusia 25 tahun ke atas belum berkahwin..Rasa macam rancangan d tv bercerita ttg perkahwinan..Macam-macam tajuk.Sampai kadang terdetik dalam hati.. "Dah tak ada tajuk lain lagi nk cerita"..

Bukan menolak sebuah perkahwinan tapi ada lagi perkara penting yang perlu diambil berat.Terlalu banyak perkara lain yang boleh dibincang atau dikongsikan.Fikirkanlah dan renung2kan.

 Dalam masa sama,jangan lupa panjatkan doa.Jangan hanya bercerita ttg baitul muslim tapi usaha Hampeh tak der..Ini peringatan untuk yang menulis juga.. Insyaallah.

Dah,kali ini bukan nak cerita pasal "tawen-tawen" walaupun musim kompang berbunyi bakal bermula.Hari ini nak cerita tentang
"Erti sebuah KESYUKURAN"

Apa pengertian syukur dalam diri kita semua??

Saya tinggalkan soalan ini untuk kalian.



Bagi saya,andai kita semai benih-benih kesyukuran dalam hati,kita akan merasa cukup dalam setiap pemberian daripadaNya.Kita akan kurang mengeluh saat diuji olehNya malah sedar bahawa ujian itu tanda Allah sayangkan kita.

Mari kita muhasabah sama-sama..Antara kasih sayang Allah yang maha hebat buat kita dengan memilih saya,kamu,kamu,kamu dan semua untuk hidup di muka bumi Allah ini sebagai makhlukNya yang bernama

MANUSIA

Jadi,mari kita balas kasih sayang Allah dengan berusaha menjadi hamba yang bertaqwa kepadaNya.Allah bukan memandang pada hasil tapi usaha yang kita lakukan kerana usaha yang bersungguh pasti membuahkan hasil yang berguna pada kita.

Insan yang masih perlu perbanyakkan usaha,
~Wardah Addin~

Wednesday, May 9, 2012

Hanya Persinggahan...

assalammualaikum..

alhamdulillah...

Pagi ini ceria seceria si dia yang menulis..Saya la tu dan kalian yang sedang menziarahi teratak kerdil saya ini.Alhamdulillah,Allah bagi keceriaan.Saat ini juga,telinga "dihidangkan" dengan lagu MABRUK by Irfan Makki.Saya suka lagu ini.

Bila kita mulakan hari dengan Allah maka dengannya kita akan tenang walau badai melanda..

Tak percaya??..Cubalah

Kita mulakan pagi dengan solat subuh kemudian diikuti dengan membaca dan memahami ayat-ayat cinta Allah.Bila kita buat perkara yang Allah suka,Allah redha pada kita.

Ambik terjemahan Al-quran,rujuk surah al-Maidah 5:119-120

Solatlah kerana ia tiang agama.Saya pasti anda sudah mengetahuinya.Apabila solat tanda kerendahan hati kita pada Pencipta.Kita tak bererti tanpaNya kerana kita tak punya apa-apa tanpa Dia yang pinjamkan pada kita "nyawa",harta benda dan pelbagai lagi.

Sedarlah bahawa dunia ini hanya persinggahan atau transit sebelum ke sana yang kekal..Dunia hanya persinggahan.Kalau singgah,hanyalah sementara di situ.

"Dan( ingatlah),apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu,tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah,sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya"  
 ( Surah Muzammil 73: 20)

Peringatan buatku..buatmu sekalian,saudara seakidahku.Sekian

 




Sunday, May 6, 2012

2 : 216...

Bismillah..

Assalammualaikum semua..Lately,sakit yang seperti dirasai tahun lalu"menyerang" saya lagi.Minggu lepas sakitnya menjadi2.Alhamdulillah Allah gerakkan tanganku untuk masukkan ubat penahan sakit ke dalam hand bag.

Hampir nak pitam..Saat itu,dah terbayang macam2.Segera diambil ubat..Lega sedikit.

Kehidupan....sakit juga satu nikmat.Sejak pernah "bermalam" di hospital.then baru sebab apa kebanyakan tak 'gemar' masuk hospital.

Tapi..ingat al-baqarah 2:216..Saya akan ingat ayat cinta daripada Allah ini..Penawar hati..
Doktor kata peratusan berulang tinggi tapi Allah tidak berkata begitu.Jadi,usaha..jaga kesihatan dan jaga makan.Alhamdulillah,beruntung tidak dibekal apa2 ubat setakat ini pada saya.

Ok..insyaallah jumpa lagi.

~ Firman Allah s.w.t, yang bermaksud: “Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” [Al-Hadid: 22-23] ~